Wednesday, August 5, 2009

- DOA PELINDUNG H1N1


Assalamualaikum wahai saudaraku.

Sememangnya kita sebagai umat islam hanya bergantung kepada allah dan kita amatlah yakin bahawa sesuatu penyakit itu ada penawarnya kecuali mati. Ketahuilah wahai saudaraku, kita telah diuji dengan pelbagai penyakit dan wabak seperti cikungunya, denggi dan yang terbaru H1N1.Ini merupakan ujian atau bala dari Allah supaya kita ingat padaNya dan saya mengajak saudara semua melakukan solat taubat, hajat dan membaca doa-doa pelindung penyakit berjangkit.

Doa ini adalah dari kitab doa-doa pilihan karangan As-Syeikh Ibn Ahmad Al Tamimi Al Malizi Rahimahullah (seorang mursyid) dan merupakan doa yang masyor di zaman dahulu bagi mengelakkan penyakit berjangkit seperti taun dan sebagainya. Marilah wahai semua saudaraku kita merayu kepada Allah Yang Maha Agung supaya kita selamat dari pelbagai penyakit. Kembalilah kita kejalan Allah. Sesungguhnya Hanya Allah lah tuhan yang disembah dan tempat meminta pertolongan. Ya Allah, Ya rabba 'alamin. Semoga doa diatas dapat memberi menfaat kepada anda semua. Bacalah ia senantiasa (7x ,21x, 40x selepas solat dan semampu yang boleh).

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment